Pesan kt anak.

As salam

*JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK* :

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

– nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
– harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
– bila raya balik jenguk rumah pusaka…

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yg lebih bermakna utk kita di alam sana.

Sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yg tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnected. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, utk kebaikan our own future :

*Nanti jangan lupa bersedekah utk mak abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang*
*jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak abah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur*
*Doakan kebaikan utk mak-abah setiap hari*

Ini yg lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong ‘top-up’kan.

*Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je* Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari.

*Sebab dulu, kita jaga anak carefullly everyday*
*Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali*

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, *antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana*

*Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana*

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat.

Ingatlah,

*Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup* *Cuma berpindah medium (alam barzah) sahaja*

*dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga* (Surah Thur: 21).

Semoga kita sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi,

Everyday.

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Ust Asraff Ayobb

Tuan-puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat.

*Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Quran akan datang sebagai pembantu utk backup & topup mana yg tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu*

Copy paste

Pintu ke 7

_Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yg ke-7……_

_ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut._

_”Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya”.- QS. Al-Furqan: 11._

_”Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah”. -QS. Al-Mulk: 7._

_Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas). – QS. Al-Waqi’ah: 41-44._

_Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu persatu mengenai pintu-pintu neraka tersebut._

_”Pintu pertama dinamakan Hawiyah (jurang), yg diperuntukkan bagi kaum munafik.

_Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yg diperuntukkan bagi kaum musyrikin._

_Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yg diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api._

_Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya._

_Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi._

_Pintu ke 6 dinamakan Sa’ir (api yg menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir._

_Rasulullah bertanya: “Bagaimana dgn pintu ke 7 ?”_

_Sejenak malaikat Jibril seperti ragu ragu untuk menyampaikan siapa yg akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan …_

_”Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yg berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat.”_

_Mendengar penjelasan itu, Rasulullah terkejut lalu pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.”_

_Nabi Muhammad SAW lalu menangis. Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat._

_Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapa pun selama beberapa hari dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yg sgt memilukan._

_Jom kita taubat sebelum terlewat dgn taubatan nasuha. Ya Allah, mohon ampun atas segala dosa._ _Janganlah sampai kita meninggal sebelum bertaubat._

_Banyakkan solawat kpd Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa’at beliau di akhirat nanti._

_Wahai sahabat & saudara2ku, jika selama ini saya salah dan khilaf._
_Ana uhibbukum fillah…_ _Semoga kita saling memanggil untuk masuk ke syurga nanti. Jangan sampai ada yg tertinggal di neraka._
_Jika engkau tidak menemuiku di Jannah, maka tolong cari dan keluarkan aku dari neraka. ….Naudzubillahi min dzalik…_

_Wallahu’alam._

Stroke

*MENGENALI STROKE*

Dalam suatu majlis keramaian, seorang suami datang bersama isterinya, dan tiba2 si isteri tersandung dan jatuh. Si isteri bangun semula dan meyakinkan semua org bahwa dia okey , hanya tersandung kaki sendiri kerana sepatu barunya.
Si isteri dan suami tetap berada di dalam majlis sehingga tamat.

Pada pagi hari berikutnya, si suami memaklumkan kepada beberapa kenalan yg turut berada di dalam majlis pada malam sebelumnya yang isterinya telah meninggal dunia pada jam 6.00 pagi, sewaktu mendapatkan rawatan di klinik. Si isteri rupanya telah diserang stroke sewaktu di majlis tersebut.

Seorang Neurologist menyatakan, bahwa mangsa stroke dlm 3 jam pertama serangan dpt sembuh sepenuhnya (in shaa Allah), jika dapat dikenali simptom serangan stroke dan mangsa diberi rawatan awal. Sebaiknya dalam tempoh 3 jam selepas simptom stroke disahkan bagi mengelakkan kerosakkan saraf yang berkekalan

*CARA MENGENALI SIMPTOM STROKE*

Mengingati dan memahami maksud *S – TA – R* :
Para doktor menyatakan orang terdekat dengan seeorang yang dikhuatiri menghadapi serangan stroke akan dpt mengenalpasti stroke telah berlaku dgn menanyakan 3 perkara kepada yang mudah.

Ingat 3 langkah *”S-TA-R”* (atau BINTANG) , iaitu :

1 – *S*: SMILE
Minta mangsa utk senyum.
Kalau pipi atau bibir senget atau miring, maka ada kelumpuhan saraf. Ini adalah satu tanda gejala stroke.

2 – *TA*: TALK
Minta mangsa utk berbicara ungkapan yang singkat, contohnya: Hari ini hari Selasa atau apa saja.
Kalau nada atau ‘telo’ jawapannya agak pelat atau kedengaran agak asing bunyinya, ini juga satu tanda gejala stroke.

3 – *R* : RAISE BOTH ARMS
Minta mangsa untuk mengangkat kedua-dua belah tangan.
Kalau tidak mampu mengangkat tangannya, bererti ada kelumpuhan saraf. Ini juga satu tanda gejala stroke.

*Jika ada salah satu gangguan yang ditemui ketika melakukan ‘S-TA-R’ ini, segeralah mendapatkan rawatan dan ceritakan keadaan ini kepada petugas perubatan.

Cara lain untuk mengenali stroke adalah dengan meminta si mangsa menjulurkan lidahnya.
Jika “bengkok” dan menyimpang ke satu arah, ini juga merupakan suatu tanda gejala stroke.

Jika anda dpt mengirimkn WA ini kepada 10 orang, mungkin paling tidak satu nyawa akan dapat diselamatkan, dengan izin Allah. Kita tidak tahu bila ahli keluarga, rakan taulan atau orang di sekeliling kita yang mungkin terkena serangan stroke suatu hari nanti.

*Jadikanlah ini satu pengetahuan semoga bermanfaat bagi kita bersama.*

Kekasih.

.
*Lalam Saufi Jamaah Tauhid Tasauf…*

๐ŸŒพ๐Ÿ–ŒKalam shaufi:

_*”Wahai Daud, sampaikan kepada penduduk bumi bahwa Aku adalah Kekasih mereka yang menyintai-Ku, dan menjadi teman duduk mereka yang mendekati Aku, juga akan membahagiakan mereka yang selalu ingat kepada-Ku, dan menjadi pendamping mereka yang dekat dengan-Ku. Aku pun akan memperturutkan mereka yang menurut terhadap kehendak-Ku. Jika saja seorang hamba menyintai-Ku kemudian memantapkan kecintaan itu dalam hatinya, niscaya akan Aku terima sepenuhnya. Ia akan Aku cintai dengan kecintaan yang tidak akan didahului oleh seorang makhluk-Ku jua.*_

Dipetik dari Kitab Tanwirul Qulub karangan Syeikh Muhammad Amin Al Kurdi ุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰, Allah mewahyukan kepada Daud ุนู„ูŠู‡ ุณู„ู…;*๐Ÿ’ซ